Owner💖 Post💌 Them💕 Follow💋 Dash🏃‍♀



Eyda✨
Aida 🐼
" quality="high" wmode="transparent" width="200" height="10" name="billy" align="middle" type="application/x-shockwave-flash" />

Assalammualaikum!✨



Bonjour. Hello and welcome to my blog. I'm Aida💃😊
I pour my heart and thoughts here.
Pardon my words💗

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Haaa Nak cakap apa? Cakapp🌸


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Sweet Seventeen


Assalamualaikum. Harini hari apa? Selasa lah kan. So nak cerita aku ni memang takde perasaan. Sedih ke gembira ke apa. Cuma takde. Taktahu kenapa. Harini hari lahir aku sebenarnya. Taktahu lah nak excited ke apa. Sebab rasa macam biasa je. Orang wish pon macam haaa okay. So takde apa yang special sangat untuk harini. 

Sempena hari jadi aku, ayah belikan alarm clock radio speaker system Alhamdulillah sebab ayah tahu yang aku memang selalu dengar lagu. And then aku ni kekadang selalu je tak dengar alarm kalau dah penat sangat. Ibu pulak belikan aku bear penguin eheee 😍. Tapi pedehal aku ni takde perasaan hah ke AKU MEMANG TENGAH TAKDE PERASAAN?. 

Dekat sekolah tadi aku tak berapa nak ada mood sangat sebab tengah sakit. Sakit pinggang lah apa semua ada. Yang tahu tu tahulah. Btw syukran murabbi dekat semua yang wish and bagi hadiah kat aku harini. Insya Allah aku akan ingat.

Tapi! Petang tadi dalam pukul 6 lebih aku nak post dah entry ni. Jakgi ada orang mesej suruh turun bawah. Bila aku turun bawah, ada sebuah kereta menunggu kat luar! Apa lagi, aku macam err siapa tu datang tengah2 hujan. Lagipun time tu nak maghrib dah. So memang tak expect apa2. Ada dua orang makhluk keluar dari kereta and berlari bawa sesuatu kat tangan dorang. Seriously?!! Makcik sorang ni pon tanya aku, "Harini hari jadi awak eh?" Aku pon iyakan je. Makcik tu kata parents aku yang buat surprise untuk aku. Makcik tu bawa kek. And sorang lagi ni pakcik, dia bawa belon. 

Aku pon apalagi naik atas bersiap-siap pakai tudung. Alang2 tu ajak Seri turun bawah sekali. Haa Seri ada sebab biasanya hari selasa kitaorang pergi tuisyen biologi sesama. Makcik tu kata dia nak rakam video aku baca ucapan dari parents. So agak terharu lah walaupun aku memang takde langsung perasaan. Kesian Seri Hahaha dia yang beria nyanyi kuat birthday aku. Aku syak dan pasti jiran2 sebelah mesti dengar hahaha. 

Sis dah malas nak taip sebab dah ngantuk. Kerja sejarah pon belum siap oHhhh tidakkk.